pemm-header

Pengenalan PeMM

Persatuan Memancing Malaysia adalah badan bukan kerajaan yang sinonim dan aktif di Malaysia didalam bidang sukan memancing.

Didaftarkan dengan secara rasmi di Kuala Lumpur pada 25hb Jun 1990. Objektif utama penubuhan persatuan ini adalah untuk mempromosikan aktiviti memancing dan mewujudkan kesedaran pada umum tentang pentingnya menjaga kehidupan akuatik. Selain dari itu, persatuan juga aktif dalam menguruskan program-program pendidikan mengenai memancing kepada para pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun di kalangan pemancing sendiri. Persatuan juga amat aktif dan serius didalam program pemuliharaan spesis tempatan dan penjagaan alam sekitar.Tidak hanya disitu persatuan yang lebih dikenali dengan nama singkatan PeMM ini sangat menitikberatkan dan mempraktiskan secara serius tentang amalah dan konsep Pancing & Lepas.

“Save Our Species”

Menyedari peluang yang besar didalam industri memancing, PeMM mengorak langkah dengan bekerjsama bersama kerajaan tempatan dalam menjayakan pertandingan-pertandingan memancing tahunan yang berprestij.

Diantaranya ialah Royal Pahang Billfish International Challenge, Boat On the Road, Langkawi International Fishing dan bamyak lagi.

Bukan sekadar kerjasama bersama kerajaan sahaja, pihak PeMM juga sangat aktif didalam menganjurkan pelbagai pertandingan memancing dan program-program konservarsi / pemuliharaan.

Malaysia sangat bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai spesis ikan samada air tawar mahupun air masin. Sebagai negara yang beriklimkan khatulistiwa (panas dan lembab sepanjang tahun) aktiviti memancing boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.

Menurut hasil kajian PeMM pada tahun 2004, terdapat sebanyak 386 spesis ikan air tawar dimana 26 diantara spesisnya telah didaftarkan sebagai spesis ‘game fishing’ oleh persatuan memancing antarabangsa iaitu International Game Fishing Association (IGFA).

Antara spesis yang menjadi buruan pemancing dalam dan luar negara adalah Toman (Giant Snakehead), Sebarau (Malayan Jungle Perch), Kelah (Malayan Mahseer), Belida (Giant Featherback), Kelisa (Arowana) serta banyak lagi.

Sementara untuk spesis airmasin (laut) pula, Malaysia tidak kurang hebatnya sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain. Malaysia mempunyai lebih kurang 100 spesis ikan marin yang menjadi buruan pemancing dalam dan luar

Spesis buruan dan popular seperti Layaran (Billfish), Aruan Tasik (Cobia), Gerepoh (Giant Travelley), Tenggiri (Mackarel), Kerapu (Grouper) Barracuda dan banyak lagi.

Spesis – Spesis “Game Fish” Tempatan:

toman

belida

kelah

sebarau

layaran

gerepoh

Share This: